IMG 6904 1

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salaperkenalan,

Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya jua maka Pusat e-Pembelajaran Malaysia,atau Malaysia Centre for e-Learning Malaysia (MyCeL) telah dapat diwujudkan sebagai satu entiti yang akan mendepani pembelajaran dalam talian sebagaimana yang diuar-uarkan dan termaktub dalam Lonjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi). Terima kasih yang tidak terhingga (dan hanya Allah yang selayaknya memberi ganjaran) kepada Majlis e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA), Majlis Ketua-ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (MAGNETIC) dan  ahli ahli dalam jawatankuasa yang bersama-sama menggerakkan sehingga idea penubuhan telah menjadi realiti. Ribuan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT), Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh yang menyokong sepenuhnya penubuhan MyCeL sebagai satu wadah untuk memugar dan menyuburkan e-pembelajaran di persada negara dan di pentas dunia.

 Walaupun begitu, MyCeL selaku anak setahun jagung tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan idea, masa, kepakaran dan sebagainya daripada pemegang taruh seperti KPT, ahli-ahli akademik universiti awam dan swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Dokongan dan sokongan padu daripada semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan amatlah dialu-alukan dalam mengangkat pembelajaran dalam talian hingga menjadi komponen utama pendidikan alaf 21 ini. Sehubungan dengan itu, masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki, kelebihan yang perlu diperkasa sehingga MyCeL boleh “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” setaraf dengan lain-lain pusat yang terdapat di KPT. 
 Akhir kalam, marilah kita sama-sama mendoakan agar MyCeL akan dapat menerobos ke angkasa (Soaring Upwards) dalam usaha meningkatkan kualiti dan akses pendidikan  kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada digitalmigrants dan digital natives.

 Salam hormat. 

 Wassalamualaikum.